Sabtu, 03 Desember 2011

::~Bagaimana Menyayangi Seseorang~::

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda
meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan
gagal karana perasaan sentiasa berubah dari masa ke masa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa
dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk
mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda
terpikat padanya karana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk
anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk
menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi
cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali-kali mencoba untuk
mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan
jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karana kelak,
yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya
di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karana
dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita
juga menginginkan begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa
meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika
anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya
untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya,
niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan
hanya akan menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup
seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya
bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak
anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga hingga akhir
hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangi cintanya,
maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus mencintai
dirinya apapun keadaannya.

(anonymous)

0 comments:

Posting Komentar